Assalamualaikum.
Seperti biasa
kata2 aku tak boleh dipercayai hihhihi. Memang nak dekat sebulan lebih aku
habis diploma but punya la malas nak update blog walaupun sepanjang jadi penganggur
nie aq mane ade buat apa2 selain makan dan tido. Hahaha, punya la bosan tak
buat ape2 kat rumah. Bila ade orang ajak keluar tu bagaikan satu kemalasan akan
melanda jiwa gituuuuuu. Nak ke quill city mall yg sekangkang kera tu pun malas
sangat. Ok aku memang mula2 nak minta maaf sangat (amboi dh panjang kau
membebel baru nak minta maaf) sebab tak balas comment hampa semua nahhh. Aku rase
bersalah sangat sekarang nie. Seriously sesiapa yg nak tanya pasal study abroad
(UK) undergraduate only please do email me nyakfaridah94@gmail.com. Bukan ape aku ni
memang tak penah nak nampak comments ok. Kadang2 lupa tapi email mmg tiap hari
aku check. insyaAllah.
Sekarang
nie aku tengah sibuk nak uruskan permohonan Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah
(PPBU) Bank Rakyat untuk sambung study bulan September nanti. 15 May nie tarikh
tutup permohonan memang agak kelam kabut sikit la. Yela nak ambik diploma transcript
kat kolej ladi, dah la nak dapatkan transcript tu kena bayar semua hutang kat
kolej so memang agak kelam kabut sikit. Berapa kali aku berpatah balik dari
rumah ke kolej. Urmmm tapi besok baru aku pergi balik kat kolej bayar hutang
then mohon transcript. Proses permohonan pulak selama 3 hari bekerja.
insyaAllah hari khamis macam tu dapat la transcript tu. Mudah-mudahan!
Oh ye, aku
dapat tawaran belajar di The University of Manchester. Alhamdulillah. Mase aku
mohon UCAS hari tu, aku mohon lima unis. Nott, Warwick, Bath, Durham and Man. Firstly,
dorang akan bagi repond dengan welcome email and we gonna do what they ask we
to do. Macam bagi transcript la apa la SPM la. Ikut je apa yg dia nak nanti dia
kan bagi keputusan semua sama ada nak bagi unconditional or conditional offer. Kalu
nak cerita pasal nak buat UCAS nie memang agak panjang sikit. Tapi senang je. Takda
hal. Urmmm sebenarnya aku nak sangat Warwick but takda rezeki dah full. So aku
accept jela Man. Hehehehe. Ok ape kan.
Ok la nanti
aku sambung lagi pasal UCAS ok? Tapi jangan percaya dengan kata2 janji manis aku
nie kalu aq cakap dalam masa terdekat. Aku memang manusia yg malas betul. Ya Allah
jauhkan la sikap malas aku nie. Hahaha ok la tu jela ye.
Nyak Faridah Abdullah
Nyak Faridah Abdullah
Tahniah kak nyak . bestnyaaa dpt Manchester �� Semoga segalanya dipermudahkan .
ReplyDeleteTerima kasih. Aminnnnnn.
Delete