Assalamualaikum
Tiup kanan tiup kiri sikit..fuhfuh, nampak sangat dah lame tak update blog nie. Bersawang je sana sini. Fefeeling busy la kononnya. Tapi sebenarnya malas ahakss.. Sekarang manyak susah hati la sebab kite punya phone rosak taknak hidup nak mampus terus kot. Terpaksa la aku hanta repair kat uncle opss abang hensem kat KLCC. Nak whatsapp pun susah, nak berinsta pun susah.
Instagram nie la satu2 nya medium tempat aku nak fefeeling lawa. hahaha.Hokeyh3 aku gurau je. Aku nie mane la chantek. Biasa2 je macam lagu dangdut tu "yang sedang2 saja". Ok2 stop! hujan lebat dah dekat luar tu.
Sebenarnya taktau pun nak cerita ape kat blog nie. Saje je nak update sebab lame sangat tak sentuh blog nie. Rase macam dah berkurun lame je kan. Ape kate kite buat imbas kembali ataupun campak balik ataupun perkataan yang bebudak selalu guna dekat insta #throwback.
Nak #throwback ape ye?? urm. Jom #throwback mase aku kat PLKN dulu nak tak?? Sape setuju angkat ibu jari kaki kanan sambil berdiri pegang kaki kiri. Ehhh macam susah je. Tak payah la buat macam tu, angkat tangan je ok??
Tawaran PLKN nie aku dapat mase form five lagi. Mase check tu rase macam aku mungkin tak dapat. Yela malas la nak pegi lepas dengar orang citer pasal PLKN nie. Tup tup bile check rase macam nak meraung guling2 depan komputer dekat bilik komputer eh aku check kat KOOP la hahaha. Rase macam nak pegi obersi taknak balik dah. Sedih kot dan bertambah sedih bile tengok ade je kawan2 aku yang tak dapat semua senyum sampai ke telinga tanpa memikirkan perasaan aku yang sedih seperti ditusuk duri sembilu sebab dapat tawaran. Kan dah keluar ayat sastera. Tak sia2 cikgu dayang hantar aku jadi wakil pegi kem penghayatan komsas. hahahaha. Balik rumah mase cuti mingguan pun aku check banyak kali nak pastikan betul2 tu name aku. hihi
Tarikh aku bertolak ke kem tak silap aku 3 Januari 2012 tak berapa nak ingat la tarikh dia. dah lame kan. Masa tu surat tak sampai rumah pun so aku ingat tak jadi pegi la kot. Tapi abah aku suruh telefon pihak PLKN and diorang cakap yang tak dapat surat takpe print je kat laman web sebab nanti mase nak berdaftar mesti ade name kite, kat situ pun boleh nampak yang aku memang kena pegi.
Baru la rase nak manja2 dengan mama sebab selama nie duduk hostel, 5 tahun kot duduk hostel. Kena pegi jugak la gamaknya nak menangis air mata darah pun tak boleh dah sebab air mata aku nie bukannya air mata duyung. hahaha
Aku daftar dekat Wangsa Maju tak silap aku la. Maaf la bukannya ingat sangat pun, name pun #throwback kan so ingat2 lupa la. Abah dengan adik2 aku hantar aku dekat tempat berkumpul oh lupa pulak aku dapat dekat Raub, Pahang. Waktu nie aku sorang2 je and semua orang dekat sini ade kawan masing2 maksudnya satu sekolah. Bestkan!! untung la, jealous mak jemah nieeeeee (kedua belah tangan dibahu sambil mata menjuling ke atas, jelir lidah sikit ok). Even though satu sekolah tapi tak rapat tetap je aku nak jealous sebab boleh citer pasal sekolah, kawan2 dan pasal cikgu2 diorang. Nampak sangat aku curi dengar ape yang orang sembangkan sebab waktu nie bosan giler. Aku waktu nie pakai baju kurung cotton English je, eh tu pun aku nak mentioned ke? Bukannya ade gambar pun mase pegi nie sebab takde orang nak tangkapkan gambar kite nie. Kite dulu2 mane pandai SELFIE tapi sekarang dah pandai dah kawan kite ajar ahaksss.
Sampai2 je terus beratur sebab dia nak SPOTCHECK beg luggage kite yang tak berapa nak lawa nie!!!! Tapi tang aku nak kena check tu dia just tanye je ade bawak ape2 benda tajam or bahaya or yang tak dibenarkan, aku jawab la takda cuma ade kutip kuku yang tajam lagi cantik berwarne silver je ade. hahaha. Ok2 mak jemah gurau je mak jemah cuma cakap yang mak jemah bawak kutip kuku je and then dia kate takpe. Pastu kena berapa buat berapa barisan ntah mak jemah eh saya tak ingat dah. Oh baru la aku tahu sebab ape dia suruh beratur, sebenarnya nak bahagi kumpulan. Dekat PLKN nie ade 4 company, ALFA(merah) BRAVO(biru) CHARLIE(kuning) DELTA(hijau). I was on bravo company. the best company in the PLKN. hahaha. Harus la puji kumpulan sendiri supaya mendapat berkat ye tak?
Aku dapat bilik paling besar, boleh muat dalam 15 orang and aku campur bilik dengan company2 lain. Dekat sini setiap bilik kena duduk dengan company masing tapi bilik aku bercampur2 tau so memang best sebab dekat sini la aku dapat kawan2 cina yang gempak dan kawan2 yang memang gile2 dan happy go lucky macam aku ni!! Dalam bilik aku ade dua BILIK AIR!! seronok beb tak payah nak guna jamban or bilik mandi kat tempat lain huh rase bahagia jeeeee.
OK2 rase macam panjang je citer kali nie. Ape kate sambung nanti jela. Aku buat part 2 sebab aku malas dah nie. Lepas nie aku nak citer pasal aktiviti2 kat PLKN tu pulak. Memang mencabar mental, fizikal, minda, stamina dan macam2 lagi.
Nyak Faridah Abdullah