Sunday, 17 May 2015

UK's UCAS (undergraduate)

Assalamualaikum

Hari nie baru la sempat nak citer pasal UCAS nie. Sebelum2 nie, sempat je kalu nak taip tapi malas tu selalu meresap jauh kedalam diri. Gituuuuuuu. UCAS nie macam UPU. Just upu tu malaysia punya ucas tu uk punya. Sebenarnya kalu nak senang isi ucas nie pegi la khidmat2 yg ada. Dorang tak kenakan charge ye. Tapi kalu ade la insan pemalas yg macam aku even tho rumah dekat dengan segala agent tapi nak keluar rumah redah kepanasan mmg idok lerr nak keluarnya. Pemalaih bebenor anak dare nie. Sini aku senaraikan agent yg boleh bantu korg:


Senarai Agent-agent yang boleh dipercayai untuk sambung belajar ke Luar Negara (Undergraduate & Postgraduate) :-

1. IDP http://www.malaysia.idp.com/
2. Nazza Education http://nazza.com.my/home.html
3. PDVL http://www.pd-vl.com/
4. E & M Education Counselling http://www.emeducation.com.my/ (Aus Uni only)
5. GEN Education http://www.gen-education.com/
6. EMS management centre http://www.emsmc.com/
7. Study Group Education http://www.studygroup.com/
8. JM Education Group http://www.jmecc.com/index.html
9. AUG STUDY http://augstudy.com/

 yang kat atas nie aku copy dari seorang anonymous yg komen kat ruang komen dekat post aku sebelum nie.

So untuk insan2 yg nak isi sendiri pun boleh. Takda hal la. Nak kate senang isinya takda la senang agak susah sikit la sebab macam2 dorang mintak. Firstly, register la dulu supaya korang boleh apply utk tahun tersebut. Dah register semua tu boleh la log in dan isi segalanya. Yg pertama kena isi of course la details pasal diri kte. Utk Malaysia kite dikategorikan sebagai Non EU tau.


Fyi, kalu result akhir tak keluar lagi takpe boleh apply jugak ok. Jangan risau sebab nanti dia akan ade ruang kat situ korang kena la isi bila exam utk subjek tersebut. Korang paham tak????? Aku pun tak paham apa aku tulis nie. Hahahaha. Nak dapatkan gambaran kena la pegi isi sambil bace ape yg aku tulis nie.


Oh ya! JANGAN LUPA sediakan satu referee ok utk ruang reference. Kena ade sorang referee. Korang kena la cari mane2 lecturers korang yg sanggup. Hihihi. Kalau dah siap semua isi lengkap, padat dan penuh dedikasi korg kena bayar utk 5 uni korang mohon ₤23 tak silap. Tapi kalu korang mohon satu je aq tak ingat bape kena bayar. Pembayaran melalui debit atau kredit card. Aku hari tu pakai debit card kawan aku je. Lepas dh submitted semua korang akan dapat welcome email dari uni2 yg korang mohon. So lepas tu korg akan berurusan jela dengan uni korg melalui email. Nanti ade la dia minta ape2 sijil ke such as SPM, transcript (kalu dh ade) dan macam2 lagi.
Aku sebenarnya taktau nak citer ape dah sebab aku dh lupa banyak nie. Tapi takpe, ape2 soalan boleh email fiedaa94@gmail.com . soalan pasal ucas ke ape ke. Tanye je ok.


Nyak Faridah Abdullah
Kuala Lumpur, Malaysia

17 may 2015


feel free to email me at nyakfaridah94@gmail.com

Sunday, 10 May 2015

Further Study Abroad

Assalamualaikum.

Seperti biasa kata2 aku tak boleh dipercayai hihhihi. Memang nak dekat sebulan lebih aku habis diploma but punya la malas nak update blog walaupun sepanjang jadi penganggur nie aq mane ade buat apa2 selain makan dan tido. Hahaha, punya la bosan tak buat ape2 kat rumah. Bila ade orang ajak keluar tu bagaikan satu kemalasan akan melanda jiwa gituuuuuu. Nak ke quill city mall yg sekangkang kera tu pun malas sangat. Ok aku memang mula2 nak minta maaf sangat (amboi dh panjang kau membebel baru nak minta maaf) sebab tak balas comment hampa semua nahhh. Aku rase bersalah sangat sekarang nie. Seriously sesiapa yg nak tanya pasal study abroad (UK) undergraduate only please do email me nyakfaridah94@gmail.com. Bukan ape aku ni memang tak penah nak nampak comments ok. Kadang2 lupa tapi email mmg tiap hari aku check. insyaAllah.

Sekarang nie aku tengah sibuk nak uruskan permohonan Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Bank Rakyat untuk sambung study bulan September nanti. 15 May nie tarikh tutup permohonan memang agak kelam kabut sikit la. Yela nak ambik diploma transcript kat kolej ladi, dah la nak dapatkan transcript tu kena bayar semua hutang kat kolej so memang agak kelam kabut sikit. Berapa kali aku berpatah balik dari rumah ke kolej. Urmmm tapi besok baru aku pergi balik kat kolej bayar hutang then mohon transcript. Proses permohonan pulak selama 3 hari bekerja. insyaAllah hari khamis macam tu dapat la transcript tu. Mudah-mudahan!

Oh ye, aku dapat tawaran belajar di The University of Manchester. Alhamdulillah. Mase aku mohon UCAS hari tu, aku mohon lima unis. Nott, Warwick, Bath, Durham and Man. Firstly, dorang akan bagi repond dengan welcome email and we gonna do what they ask we to do. Macam bagi transcript la apa la SPM la. Ikut je apa yg dia nak nanti dia kan bagi keputusan semua sama ada nak bagi unconditional or conditional offer. Kalu nak cerita pasal nak buat UCAS nie memang agak panjang sikit. Tapi senang je. Takda hal. Urmmm sebenarnya aku nak sangat Warwick but takda rezeki dah full. So aku accept jela Man. Hehehehe. Ok ape kan.



Ok la nanti aku sambung lagi pasal UCAS ok? Tapi jangan percaya dengan kata2 janji manis aku nie kalu aq cakap dalam masa terdekat. Aku memang manusia yg malas betul. Ya Allah jauhkan la sikap malas aku nie. Hahaha ok la tu jela ye.



Nyak Faridah Abdullah