Sunday, 10 May 2015

Further Study Abroad

Assalamualaikum.

Seperti biasa kata2 aku tak boleh dipercayai hihhihi. Memang nak dekat sebulan lebih aku habis diploma but punya la malas nak update blog walaupun sepanjang jadi penganggur nie aq mane ade buat apa2 selain makan dan tido. Hahaha, punya la bosan tak buat ape2 kat rumah. Bila ade orang ajak keluar tu bagaikan satu kemalasan akan melanda jiwa gituuuuuu. Nak ke quill city mall yg sekangkang kera tu pun malas sangat. Ok aku memang mula2 nak minta maaf sangat (amboi dh panjang kau membebel baru nak minta maaf) sebab tak balas comment hampa semua nahhh. Aku rase bersalah sangat sekarang nie. Seriously sesiapa yg nak tanya pasal study abroad (UK) undergraduate only please do email me nyakfaridah94@gmail.com. Bukan ape aku ni memang tak penah nak nampak comments ok. Kadang2 lupa tapi email mmg tiap hari aku check. insyaAllah.

Sekarang nie aku tengah sibuk nak uruskan permohonan Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Bank Rakyat untuk sambung study bulan September nanti. 15 May nie tarikh tutup permohonan memang agak kelam kabut sikit la. Yela nak ambik diploma transcript kat kolej ladi, dah la nak dapatkan transcript tu kena bayar semua hutang kat kolej so memang agak kelam kabut sikit. Berapa kali aku berpatah balik dari rumah ke kolej. Urmmm tapi besok baru aku pergi balik kat kolej bayar hutang then mohon transcript. Proses permohonan pulak selama 3 hari bekerja. insyaAllah hari khamis macam tu dapat la transcript tu. Mudah-mudahan!

Oh ye, aku dapat tawaran belajar di The University of Manchester. Alhamdulillah. Mase aku mohon UCAS hari tu, aku mohon lima unis. Nott, Warwick, Bath, Durham and Man. Firstly, dorang akan bagi repond dengan welcome email and we gonna do what they ask we to do. Macam bagi transcript la apa la SPM la. Ikut je apa yg dia nak nanti dia kan bagi keputusan semua sama ada nak bagi unconditional or conditional offer. Kalu nak cerita pasal nak buat UCAS nie memang agak panjang sikit. Tapi senang je. Takda hal. Urmmm sebenarnya aku nak sangat Warwick but takda rezeki dah full. So aku accept jela Man. Hehehehe. Ok ape kan.



Ok la nanti aku sambung lagi pasal UCAS ok? Tapi jangan percaya dengan kata2 janji manis aku nie kalu aq cakap dalam masa terdekat. Aku memang manusia yg malas betul. Ya Allah jauhkan la sikap malas aku nie. Hahaha ok la tu jela ye.



Nyak Faridah Abdullah


2 comments:

  1. Tahniah kak nyak . bestnyaaa dpt Manchester �� Semoga segalanya dipermudahkan .

    ReplyDelete